Permintaan Minyak Sawit Malaysia Oleh China Meningkat 500,000 Tan

KUALA LUMPUR: Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) akan memeterai perjanjian memorandum persefahaman yang menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat daripada 250,000 tan setahun kepada 500,000 tan setahun.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menambah perjanjian itu juga dalam masa yang sama akan menjamin kepentingan peneroka dan pekebun kecil.

“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja seharinya di Nanning.

Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu hari ini melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar bersama beberapa menteri menyaksikan pertukaran MoU itu sempena lawatan kerja seharinya ke Nanning untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo China-Asean (Caexpo) Ke-20 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean.

BBerkaitan

Latest articles