Perlu Usaha Keras, Bersama Bantu Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Palestin bersepakat bahawa perlu ada usaha tuntas bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku di Gaza ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persepakatan itu dicapai dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika membincangkan perkembangan terkini di Gaza melalui perbualan telefon hari ini.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusian disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin.

“Semasa perbualan ini, saya juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” katanya melalui hantaran X, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles