Perlembagaan Warisan Boleh Diubah Jika Tun M Nak Sertai Parti

Jika selama ini Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya terbuka kepada penyertaan rakyat Sabah sahaja, kini parti itu bersedia melakukan pindaan perlembagaan sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyertainya.

Pengerusi Tetap Warisan, Datuk Liew Vui Keong berkata perubahan kepada perlembagaan parti boleh dilakukan, jika ada keperluan untuk membantu mana-mana ahli parlimen yang tidak berparti.

“Saya rasa kemungkinan ada. Buat masa ini, Parti Warisan Sabah hanya tertumpu pada negeri Sabah tetapi perlembagaan boleh dipinda untuk menjadikannya Parti Warisan Malaysia.

“Tetapi ini memerlukan perubahan kepada perlembagaan parti Warisan. Jadi, ini sedang dalam proses,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Dr Mahathir, merupakan antara lima pemimpin Bersatu yang dilucutkan keahliannya selepas memilih duduk bersama pembangkang pada sidang Dewan Rakyat, Mei lalu.

Selain Dr Mahathir, mereka yang dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malek dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Tindakan tersebut diambil oleh kelima-lima ahli parlimen berkenaan kerana tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Perikatan Nasional (PN).

Kesemua mereka sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti pembangkang atau menubuhkan parti baru.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak lagi bersama gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) setelah menolak cadangan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Ahli parlimen Langkawi itu menamakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, namun masih belum ada kata persetujuan daripada blok pembangkang.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini