Perlekeh Lanjutan Moratorium Umpama ‘Pejam Mata’ Kepada Mereka Yang Susah

Pastinya ramai yang menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan moratorium selama tiga bulan bagi kumpulan sasaran, iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Sekurang-kurangnya, mereka masih berpeluang mencari peluang pekerjaan yang baru sementara menyambung bayaran komitmen bulanan.

Walaupun hasrat kerajaan itu baik demi membantu rakyat, namun kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa lanjutan moratorium itu sebagai ‘penyelesaian sementara untuk masalah yang lebih besar’ sesungguhnya tidak sepatutnya disuarakan di kala ada di kalangan rakyat sedang bergelut dengan kesukaran.

Alangkah peliknya bagaimana Anwar ‘memilih’ untuk berdiam diri di kala Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan dan membiarkan sahaja pelbagai aset negara dijual dan digadai, serta dirugikan dengan sebegitu sahaja.

Masih ingat bagaimana tempoh Anwar dan rakan-rakannya menjadi pembangkang pada tahun-tahun ke belakang?

Hebat berdebat di parlimen, beri teori itu ini bagaimana hendak merangsang ekonomi negara, bagaimana hendak menurunkan harga petrol seperti yang sering dibahaskan bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

“Banyak teori dan janji yang diberikan untuk hapuskan tol, untuk mansuhkan PTPTN, untuk hapuskan hutang orang-orang Felda dan lebih manis lagi untuk beri sejuta peluang pekerjaan.

“Akhirnya bila isteri Anwar Ibrahim dan partinya PKR naik menjadi kerajaan di Putrajaya satu habuk janji pun tidak ditunaikan. Malah Anwar Ibrahim pada ketika itu diam membisu membiarkan sahaja hutang negara meningkat. Diam seribu bahasa membiarkan aset Tabung Haji dan beberapa aset penting Khazanah dipindah milik kepada orang lain.

“Sekarang pandai pula Anwar Ibrahim hendak bercakap pasal ekonomi ya? Kenapa dahulu diam seribu bahasa? Apa yang kerajaan Perikatan Nasional buat pada hari ini untuk rakyat semasa krisis Covid-19 adalah yang terbaik di dunia. Mana ada negara buat morotarium begini? Mana ada negara bagi duit pada rakyat RM1600?,” luah seorang rakyat Malaysia yang nyata amat kesal dengan kritikan Anwar berkenaan lanjutan moratorium.

Yang pasti, bantuan yang diumumkan kerajaan, seperti lanjutan moratorium ini perlu dilihat secara positif untuk membantu mereka yang memerlukan.

Malah, tak salah jika pembangkang pada hari ini mencadangkan idea-idea bernas untuk meningkatkan ekonomi negara sekaligus membantu rakyat yang hilang sumber pendapatan akibat wabak Covid-19 ini.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...