Perkukuh Kerjasama, Malaysia – Indonesia Saling Manfaatkan Kekuatan

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia sepakat untuk memanfaatkan kelebihan masing-masing, termasuk dalam bidang pertahanan, di samping terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Indonesia mempunyai pengalaman dan kekuatan yang besar dalam bidang pertahanan.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu bersedia untuk melihat peluang yang boleh diperoleh daripada Indonesia, selain daripada negara lain.

Beliau turut berkata, kedua-dua negara komited memastikan kerjasama antara syarikat minyak utama, PETRONAS dan PERTAMINA, diteruskan bagi meneroka peluang baharu dalam bidang perniagaan.

“Usaha ini hanya dapat direalisasikan jika terdapat kesefahaman, keyakinan, dan kepercayaan antara kepimpinan dan pasukan kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih dan telah memberikan arahan yang jelas kepada para menteri serta jabatan berkaitan, termasuk sektor swasta, untuk memastikan segala yang dipersetujui dapat dimeterai secepat mungkin,” katanya di sidang media bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles