Perkembangan Semasa Calon-calon PRN di Parlimen Gombak

KUALA LUMPUR: Perarakan membawa masuk calon Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) and tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Mereka mengiringi calon DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari; calon DUN Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan calon DUN Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Manakala perarakan penyokong Perikatan Nasional (PH) tiba lebih awal sekitar jam 8.50 pagi.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai dua lagi calon gabungan itu yang lain bagi menyerah borang pencalonan masing-masing.

Mohamed Azmin bersaing di DUN Hulu Kelang, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin dan Muhammad Hilman Idham masing-masing mewakili PN di DUN Sungai Tua dan DUN Gombak Setia.

Sementara itu ramai pemimpin utama Kerajaan Perpaduan hadir bagi memberi sokongan kepada calon, antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

BBerkaitan

Latest articles