Perkahwinan Sejenis Tidak Pernah Direkodkan JAKIM, JAIN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata tiada satu perkahwinan yang melibatkan pasangan sejenis sama ada lelaki mahupun perempuan didaftarkan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini.

Malah perkara itu juga tidak berlaku di mana-mana jabatan agama Islam negeri di seluruh negara.

Jelasnya lagi ini kerana undang-undang sedia ada khususnya Enakmen Keluarga tidak membenarkan perkahwinan sejenis didaftarkan dengan agensi terbabit.

“Dalam rekod Jakim dan jabatan agama Islam negeri-negeri, tidak ada satu pun perkahwinan-perkahwinan yang melibatkan sama jenis yang didaftarkan.

“Itu memang jelas, hatta kalau perkahwinan itu dilangsungkan juga, apabila pihak-pihak ini berhasrat mendaftarkan, ini tidak mustahil sebab undang-undang memang tidak membenarkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat.

Terdahulu beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (Amanah-Sri Gading), Aminolhuda Hassan bertanyakan tentang perkahwinan sejenis selepas Ahli Parlimen (PKR-Tambun) menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mohd Naim juga berkata, undang-undang sedia ada hanya membenarkan perkahwinan melibatkan pasangan lelaki dan perempuan didaftarkan.

“Berkahwin di Thailand contohnya, kemudian datang kembali ke Malaysia untuk mendaftarkan pernikahan tersebut.

“Selama mana perkahwinan itu sah mengikut hukum syarak, iaitu antara lelaki dan perempuan, maka perkahwinan itu boleh didaftarkan.

“Mana-mana perkahwinan yang bertentangan dengan undang-undang sedia ada, melibatkan perkahwinan lelaki dengan perempuan dan lelaki sama lelaki atau perempuan dengan perempuan.

“Memang tidak ada dalam rekod kita walau satu sekalipun,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles