Perjuangan UMNO Kekal Dukung Teras Islam

KUALA LUMPUR: Pindaan Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang dilakukan pada Disember 2019 meletakkan ia sebagai sebuah parti politik terbesar orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak boleh terpisah dengan nilai-nilai agama.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan berkenaan menonjolkan UMNO meletakkan Islam di hadapan bagi asas dan tujuan dalam perjuangannya.

Ia juga selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan bagi negara ini.

“Namun tanpa sedikit pun menafikan hak kebebasan bukan Islam daripada mengamalkan agama masing-masing,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Ahmad Zahid menambah, UMNO harus istiqamah dalam sebarang tindakan yang dilakukannya ketika ini.

Beliau turut menasihatkan para pemimpin dan ahli UMNO agar terus menerus memohon hidayah Allah dengan niat yang jujur dan ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air.

“Menggunakan politik untuk memperkuatkan agama. Bukan mempergunakan agama untuk memperkuatkan politik.

“Insya-Allah UMNO akan terus dijaga oleh Allah selagi mana pendokongnya menjaga apa-apa yang dituntut Allah,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles