Perikatan Nasional Kini Punyai 118 Kerusi Di Dalam Parlimen

Sidang Majlis Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Parlimen ke-14 yang berlangsung pagi ini bakal menyaksikan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang penyokong Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Sumber terdekat The Rakyat Insight, sejumlah 118 ahli Parlimen kini menyokong Perikatan Nasional berbanding 104 ahli Parlimen yang kini menjadi pembangkang di dalam dewan rakyat.

Ini menjadikan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional mempunyai lebih kerusi berbanding kerajaan Pakatan Harapan yang kini diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang seperti yang diumumkannya baru-baru ini.

Menurut sumber itu lagi dengan jumlah 118 kerusi ini, PN dijangka terus kekal sebagai kerajaan dan usaha PH untuk membuat usul tidak percaya adalah satu langkah sia-sia sahaja.

Baru-baru ini juga Ketua Pengarah kesihatan turut mengumumkan dua ahli parlimen turut tidak akan menghadiri majlis pembukaan hari ini kerana masih dikuarantin kerana Covid-19.

Beliau yang memaklumkan perkembangan itu semasa melaporkan hasil saringan Covid-19 ke atas 220 ahli Dewan Rakyat dan 730 warga kerja Parlimen dalam satu sidang media hariannya.

Kedudukan Perikatan Nasional juga semakin kukuh apabila semalam Presiden-presiden parti di dalam PN telah mempersetujui untuk menubuhkan Parti Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti-parti politik.

Baca :- ENAM PARTI KELUARKAN KENYATAAN BERSAMA SOKONG TUBUHKAN PERIKATAN NASIONAL

Parti-parti berkenaan ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Dalam satu kenyataan Bersama semalam ia menyebut memorandum yang dirangka akan memfokuskan kepada lima dasar tujuan utama.

“Memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip Rukun Negara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Kenyataan bersama itu ditandatangani kesemua pemimpin enam parti berkenaan iaitu YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Haji Openg, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

BBerkaitan

Latest articles