Pergi Ke Tambun Sebahagian Usaha Tawan Putrajaya, Kata Anwar

KUALA LUMPUR: Persetujuan untuk dicalonkan di Tambun dilakukan selepas PKR melakukan beberapa kajian, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau berkata, sengaja memilih Parlimen baru untuk ditandingi kerana yakin dua kerusi yang pernah disandangnya dapat meneruskan rentak kemenangan.

“Saya telah meninggalkan suatu gelanggang yang sudah kukuh. (Parlimen) Permatang Pauh bagi saya sudah kukuh dan (Parlimen) Port Dickson dalam beberapa tahun ini, saya telah berikan perhatian sangat banyak.

“(Jadi) saya hendak kukuhkan dan harus tawan kawasan baharu untuk memenangi dan menawan negara,” katanya dalam rakaman audio dikongsikan kepada media menerusi kumpulan WhatsApp.

Parlimen Tambun buat masa ini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

PKR meletakkan 72 calon untuk bertanding di kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU15.

BBerkaitan

Latest articles