Perdana Menteri umum peruntukan RM50 juta dibawah Pogram Pembiayan PEMULIH NewBiz

SERDANG – Sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi pemohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing.

“Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Ismail Sabri menjelaskan, program itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.

Dalam majlis berkenaan, Ismail Sabri turut menyampaikan Anugerah Perdana Sektor Agromakan bagi Anugerah Agro MAHA 2022 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut yang membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai RM50,000.

//

Latest articles

Related articles

spot_img