Perdana Menteri Tidak Pernah Menyebut Kerajaan Akan Iktiraf Sijil UEC

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini menegaskan beliau tidak pernah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ketika mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong).

Dalam kenyataan itu, beliau berkata bahawa beliau hanya menyebut UEC telah mendapat pengiktirafan secara sebahagiannya apabila kerajaan lalu menerima UEC.

Kelulusan UEC telah diterima dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bidang Pengkhususan Bahasa Cina (PISMP) di Institut Perguruan Malaysia.

“Berhubung pengiktirafan UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong bersama Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu.

Menurut kenyataan berkenaan, pada tahun 2012, Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang bahasa Cina.

Mereka bagaimanapun disyaratkan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan sekurang-kurangnya memperolehi kepujian dalam bahasa Melayu.

Menurut PMO, Muhyiddin mahu UEC selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan jika mahu sijil peperiksaan itu diiktiraf.

“Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh Kerajaan pada masa depan,” menurut kenyataan berkenaan.

Hua Zhong sebelum ini mendakwa Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu Muhyiddin menyatakan harapan tersebut semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Hua Zhong berkata, Muhyiddin menyatakan kesanggupan kerajaan berunding dengan mereka serta pertubuhan lain mengenai isu UEC.

Bagaimanapun, kata Hua Zhong, Perdana Menteri meminta semua pihak agar memahami dasar dan keadaan dalam negara.

BACA JUGALSE Sahkan Jalil Rasheed Bukan Lepasannya

UEC merupakan Sijil Peperiksaan Bersama yang diwujudkan oleh Dong Jio Zong atau Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975 dan digunakan di Sekolah Persendirian Cina di Malaysia.

Silibus atau mata pelajaran UEC didakwa berasal sepenuhnya dari Taiwan dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Terdapat tiga tahap dalam UEC iaitu vokasional (UEC-V), junior (UEC-JML/JUEC) dan senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini