Percepatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo, Langkah Utama Bung Moktar

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya Sabah yang baru meletakkan keutamaannya ialah untuk membina jalan raya yang baik dan membekalkan air bersih kepada rakyat negeri Sabah.

Selain itu, keutamaanya ialah untuk mempercepatkan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang kelihatan lebih perlahan perkembangannya berbanding negeri jiran, Sarawak.

“Itu (projek Lebuhraya Pan Borneo) juga adalah sebahagian jalan raya, jadi ia wajib.

Baca : PH Pun Bukan Gabungan Politik Berdaftar Ketika Menang PRU14

“Projek lebuhraya itu di Sarawak sudah mencapai 50% tetapi di Sabah, hanya 18% ke 20%, jadi ia tidak masuk akal walaupun bergerak sama tapi kita ketinggalan.

“Jadi, saya akan memperincikannya bagi memastikan projek itu berjalan lebih cepat dan rakyat dapat menikmati jalan yang baik seperti di negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas melapor diri pada hari pertama di kementeriannya di Kota Kinabalu, semalam.

Bung berkata, kerajaan negeri yang baharu bertekad menunaikan janji selaras manifesto pilihan raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) “Aku Janji”.

Mengulas sama ada Empangan Papar yang menjadi kontroversi akan diteruskan, Bung berkata beliau masih belum mendapat taklimat daripada Jabatan Air Negeri.

Sementara itu, Bung berkata Kementerian Kesihatan mencadangkan ibu negeri dikenakan perintah sekatan berikutan penularan Covid-19.

“Tiada keputusan dibuat berhubung perkara itu tetapi pihak berkuasa persekutuan boleh menguatkuasakannya jika situasi bertambah buruk,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini