Percayakan ‘Abang Mi’ Boleh Buang Sihir, Sebaliknya Kena Rogol

KUALA LUMPUR: Malang menimpa seorang pelajar Tingkatan Empat apabila dirinya menjadi mangsa pemuas nafsu seorang jurulatih Muay Thai yang mendakwa dirinya mempunyai kebolehan sebagai bomoh yang mampu merawat sihir.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, modus operandi digunakan suspek, 50 tajunt, yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu dengan memperkenalkan diri sebagai pakar perubatan tradisional.

“Ogos lalu, mangsa berusia 16 tahun didatangi suspek yang mendakwa kedai makan mak ciknya di Batu Berendam mengalami gangguan sihir dan menawarkan diri untuk membantu.

“Selang beberapa hari kemudian, sekitar 12 tengah malam, suspek datang ke rumah pengadu di Kampung Sungai Putat sebelum membawa pengadu, ibu dan pak ciknya ke kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya di Malim untuk berubat.

“Suspek yang menggelar dirinya sebagai Abang Mi kemudian menyuruh ibu dan pak cik pengadu keluar untuk membeli makanan dan meninggalkan mereka berdua di kawasan semak sebelum tiba-tiba merogol pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Zainol, suspek yang juga bapa kepada tiga anak itu kemudian meminta pengadu supaya tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa dan dituruti pengadu kerana ketakutan.

“Suspek selepas itu kerap datang ke rumah pengadu dengan tujuan untuk mengubatinya sehingga telah dirogol oleh suspek sebanyak empat kali di tempat lain bermula Ogos sehingga Oktober.

“Bagaimanapun, pengadu akhirnya membuat laporan polis kerana bimbang berlaku kejadian lain di masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu pengadu yang juga mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik kini masih mendapatkan rawatan di hospital susulan kejadian.

“Bertindak hasil maklumat, suspek berjaya ditangkap kira-kira pukul 4.30 pagi tadi di kawasan latihan Muay Thai di Batu Berendam dan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman hari ini,” katanya.

Sementara itu, Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan lelaki itu direman sehingga 23 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles