Perbicaraan Pengasas Revenue Group : Saksi Bank Akui Dokumen Diserah Tidak Lengkap

Kuala Lumpur: Dua dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah sebagai bukti penghantaran dokumen siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasatan diakui tidak lengkap dan tidak dapat menentukan keabsahannya pada perbicaraan hari kelima di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini.

Pada perbicaraan Saksi kedua pendakwaan Mohd Azmi Mohd Ali, 37 mengemukakan dua dokumen sebagai bukti iaitu slip penghantaran GDEX dan surat iringan ketika menghantar dokumen kepada pegawai penyiasat SPRM yang dinamakan sebagai Eekram melalui khidmat kurier pada Mei 2023z

Bukti bukti itu dikemukakan setelah dokumen dokumen yang dikemukakan pada hari keempat perbicaraaan dicabar oleh pasukan pembelaan mengenai keabsahannya.

Bagaimanapun dua dokumen berupa slip penghantaran daripada GDEX dan surat iringan juga diakui tidak lengkap oleh saksi.

Antara alasan yang diepersetujui oleh saksi ketika soal balas oleh Peguambela, Amer Hamzah adalah saksi mengakui beliau membuat permohonan kepada GDEX melalui emel, pada 12/6/2024 dan dibalas beserta dokumen yang diminta sekaligus mengesahkan ia bukan salinan asal dalam simpanannya.

Saksi juga mengakui pada surat iringan tiada objektif atau tujuan surat dinyatakan  selain tiada perihal kandungan didalam surat berkenaan.

Saksi juga mengakui tidak menyatakan perakuan 90a di dalam surat iringan terbabit.

Terdahulu pada perbicaraan hari keempat Mohd Azmi, mengakui pernyataan saksi  bagi pihak dirinya adalah tidak lengkap kerana kekurangan beberapa perkara teknikal untuk membuktikan dokumen berkenaan adalah dokumen yang dihantar dan diterima oleh SPRM.

Mohd Ali seorang Pengurus Perkhidmatan Cawangan UOB Bank Cawangan Pudu, membuat pengakuan itu ketika soal balas oleh Peguambela, Amer Hamzah pada perbicaraan kes pendakwaan seorang ahli perniagaan diatas 12 pertuduhan bersubahat bagi memalsukan invois dan pesanan pembelian bernilai RM13.8 juta, tiga tahun lalu.

Pengakuan dibuat dihadapan Hakim, Rozina Ayob di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada perbicaraan itu, Amer membangkitkan beberapa persoalan mengenai keabsahan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah merangkumi beberapa aspek teknikal termasuk bukti penerimaan dokumen dan keabsahan komputer dan mesin cetak yang digunakan oleh saksi ketika membekalkan dokumen kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika memberi keterangan, pada sesi soal balas, saksi bersetuju  tidak ada bukti penerimaan dokumen berikut kepada pihak SPRM.

Saksi memberitahu, mahkamah bahawa beliau ada  melampirkan “cover later” dan setuju tidak ada pembuktiaan mengenai surat cover later pada masa perbicaraan.

Saksi bersetuju, tidak ada pembuktian pada dokumen-dokumen yang disebut.

Saksi  selain bersetuju, setiap komputer dan pencetak mempunyai “digital footprint”bagi setiap pengunaan dan percetakan dokumen, dan saksi juga setuju tidak ada rekod yang dibuktikan mengenai dokumen berkenaan dicetak di pejabat saksi.

Sementara itu, Mod Azmi ketika disoal balas oleh Peguambela, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengakui bahawa pihak UOB bank tidak dimaklumkan mengenai status Cheng Yuen Chen sebagai nominee kepada abangnya, Cheng Chun Chun dan mengakui bahawa tindakan itu melanggar peraturan bank.

Sama seperti saksi pertama sebelum ini, Foo Wai Theng, Mohd Azmi mengakui pihaknya akan menolak permohonan membuka sebarang akaun jika ia adalah berdasarkan kepentingan penama lain.

Beliau juga mengakui, bahawa pihak bank tidak dimaklumkan keadaan itu dan tidak mengetahui bahawa Chun Chun adalah seorang yang berstatus muflis.

Dzulkifli Ahmad selain itu turut  meminta saksi mengesahkan beberapa transaksi membabitkan akaun Syarikat Golden Infor Services antara tahun 2020 hingga 2023.

Saksi mengesahkan semua transaksi berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles