Peratus Pengundi Rendah Kerana Kebimbangan Penularan COVID-19

PONTIAN: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata sasaran awal 70 peratus pengundi yang diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak dapat dicapai berpunca dari ketakutan pengundi terhadap peningkatan kes harian COVID-19.

Untuk rekod, peratusan pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga jam 4 petang tadi adalah 50 peratus sahaja.

“Kita mendapati bahawa ramai pengundi golongan dewasa mungkin (tidak keluar mengundi) atas sebab bimbang jangkitan COVID-19.

“Mereka tidak begitu ghairah untuk keluar mengundi dan ini adalah dalam kalangan semua kaum Melayu, Cina, India.

“Warga tua tidak begitu ramai yang keluar mengundi mungkin atas sebab kesihatan,” kata calon Barisan Nasional itu selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, hari ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu tiba di sekolah berkenaan pada 4.05 petang dan selesai mengundi 15 minit selepas itu.

BBerkaitan

Latest articles