Perang Menentang Covid-19: Menteri Kesihatan Jelajah Enam Negeri Untuk Perkasa Komuniti

Program memperkasa komuniti ke arah meneruskan usaha menangani wabak COVID-19 dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan sejak 28 Mei hingga 3 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan ke enam buah negeri, sebagai program susulan di peringkat daerah itu yang melibatkan semua pihak berkuasa tempatan, agensi peringkat daerah, ketua masyarakat, sekolah dan rumah ibadah. 

Pahang Dan Pusat Berkongsi Pengalaman Dalam Program Pemerkasaan Komuniti

Pendekatan utama KKM itu akan melibatkan komitmen masyarakat setempat di dalam mendidik, mencegah, mengasuh, pematuhan dan pemantauan amalan normal baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) atau garis panduan.

Kerajaan Negeri yang sudah ditemui ialah Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Setiap pertemuan antara menteri, pegawai kementerian dan menteri besar memberi fokus kepada usaha memerangi Covid-19 dan proses membuka pintu sempadan Malaysia dan Singapura bagi membolehkan rakyat bekerja. 

Turut dibincangkan adalah kerjasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan dalam penyesuaian norma baharu pasca PKPB.

#KitaAkanMenang

BBerkaitan

Latest articles