Peranan Muhyiddin Sebagai Ketua Bersatu Johor Untuk Mantapkan Parti

 

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu memaklumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Bersatu Johor bertujuan untuk mengukuhkan parti di negeri tersebut.

“Pandangan kami ialah ahli akar umbi, dan juga kepimpinan bahagian-bahagian negeri Johor tentunya berbangga anak Johor sendiri memimpin kerajaan persekutuan dan jadi presiden parti

“Kita dapati jika meletak Tan Sri (Muhyidin) sebagai ketua BPN (Badan Pimpinan Negeri) di Johor tentunya akan perkuatkan lagi parti bersatu, itu tujuannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun keempat parti itu yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Faizal, dalam masa yang sama menepis dakwaan pelantikan Muhyiddin itu ada kaitan dengan pergolakan yang berlaku di kalangan pimpinan dan ahli di Johor.

Semalam, Bersatu mengeluarkan senarai pelantikan baru parti itu termasuk anggota majlis pimpinan tertingginya, ketua-ketua Bersatu negeri dan timbalan mereka.

Sebelum ini, Bersatu Johor dipimpin oleh Mazlan Bujang.

Sementara itu Faizal dilantik sebagai ketua Bersatu Perak dan Pahang.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...