Penyokong PN Riuh Dengan Sorakan ‘Koyak’

GOMBAK: Penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berhimpun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu riuh dengan laungan ‘koyak’ dan ‘hoi hoi ya hoi’.

Laungan itu dibuat sejurus selepas penyokong Kerajaan Perpaduan berarak masuk ke padang di pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

Sementara, penyokong Kerajaan Perpaduan menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ sambil memegang sepanduk calon-calon yang bertanding.

Parlimen Gombak antara kawasan yang menjadi tumpuan apabila tiga pengerusi parti negeri menghantar borang pencalonan u tuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Tiga pengerusi itu adalah:

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin – Dun Gombak Setia (N17)

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari – DUN Sungai Tua (N16)

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali – DUN Hulu Kelang (N18)

Sementara itu, Pengurus Pilihan Raya bagi Pusat Penamaan Calon di sini mengumumkan pencalonan telah tamat pada jam 10 pagi.

Sehingga jam 10 pagi tadi, cuaca dalam keadaan baik di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu.

BBerkaitan

Latest articles