Penyelam Cari Telefon Milik Mangsa Dijerut Suami

Polis terus mencari bukti kematian seorang pensyarah institusi pengajian awam yang mati dijerut suaminya dalam kejadian Rabu lalu, dengan mengerahkan empat orang penyelam dari Unit Selam Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Tasik Perdana Putra, pada pagi tadi.

Isteri Maut Dijerut Syak Suami Ada Kekasih Lain

Penyelam PDRM dan suspek, yang juga suami wanita berkenaan yang berusia 41 tahun itu tiba di lokasi pada jam 11 pagi tadi.

Ini merupakan kali kedua suspek dibawa ke lokasi tasik berkenaan untuk mencari bahan bukti.

Dalam kejadian Rabu lalu, wanita berkenaan mati dijerut oleh suaminya menggunakan tudung selepas berlaku pertengkaran antara mereka di dalam kereta, selepas mangsa mahu memfailkan penceraian.

Selepas mangsa didapati tidak lagi bernyawa, suspek memandu kereta tersebut ke Tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya dan memindahkan mangsa ke tempat pemandu serta meninggalkannya dengan keadaan enjin kenderaan dihidupkan.

Beliau kemudiannya pulang ke rumah dan mengajak anak perempuannya yang berusia 14 tahun untuk mencari ibunya yang didakwa hilang sejak petang tersebut, dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Laporan media pada hari ini menyatakan pertengkaran yang membawa kepada pembunuhan itu terjadi akibat mangsa mengetahui suspek mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...

Jawapan UMNO Kepada PAS Akan Diberikan Minggu Depan

Parti UMNO akan menjawab persoalan parti PAS minggu depan tentang kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut ada dalam kalangan Ahli...

Vivy Yusof Failkan Saman Ke Atas Netizen Kerana Dikatakan Memfitnah

Pengasas Fashion Valet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof hari ini memfailkan saman terhadap seorang netizen kerana dipercayai memfitnah beliau menerusi media sosial tentang...