Penyata Kewangan Negara Tetap Stabil Walaupun Jumlah Hutang Meningkat

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata peningkatan jumlah hutang negara tidak menjadi halangan untuk penyata kewangan negara berada dalam keadaan yang stabil.

Menurutnya, peningkatan prestasi kewangan seiring dengan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Saya ingin tegaskan bahawa penyata kewangan adalah stabil, malah jauh lebih baik berbanding tahun lepas.

“Ya hutang meningkat tetapi pada masa yang sama hasil dan prestasi kewangan kita juga meningkat, begitu juga KDNK,” katanya pada sidang media bagi mengulas Laporan Ketua Negara 2022 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2022 dan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan di lobi Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Shu Qi.

Tambab Wan Suraya, hutang tidak dapat dielakkan memandangkan banyak wang diperlukan untuk menjalankan program dan ia juga membolehkan untuk menggunakan pinjaman dan pembayaran balik.

“Secara keseluruhannya, ia lebih baik daripada tahun lepas dan ia stabil,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, laporan tersebut menyebut hutang kerajaan pada tahun lalu meningkat kepada RM1.079 trilion berbanding RM979.814 bilion pada tahun 2021.

Wong berkata, walaupun hutang melebihi RM1 trilion namun jumlahnya masih di bawah had statutori iaitu 57.6 peratus kepada KDNK.

BBerkaitan

Latest articles