Penyanyi Lelaki Rugi RM400,000 Akibat Ditipu Along

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi duo lelaki mengalami kerugian sebanyak RM400,000 selepas menjadi mangsa penipuan ceti haram atau along yang menawarkan pinjaman perniagaan berjumlah RM10,000.

Mangsa berusia 38 tahun itu mendedahkan kejadian berlaku pada November tahun lalu selepas dia melihat iklan pinjaman perniagaan di Facebook (FB).

Tertarik dengan tawaran tersebut, dia menekan pautan laman sesawang berkenaan dan mengisi beberapa butiran peribadi.

Tidak lama selepas itu, dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang menawarkan pinjaman tersebut.

“Namun, hanya RM5,000 sahaja yang dimasukkan ke dalam akaun bank saya dengan alasan jumlah itu sebagai rekod pembayaran. Selepas itu, individu berkenaan terus memasukkan wang dalam jumlah berbeza ke akaun saya sebelum meminta saya membuat bayaran semula setiap hari,” katanya sebagaimana memetik laporan MalaysiaGazette hari ini.

Penyanyi itu, yang pernah menghasilkan dua album single, berkata bahawa dia perlu membuat bayaran dalam tempoh lima hari atau berdepan kadar faedah yang tinggi.

“Individu itu turut mengugut mahu membunuh saya serta mengganggu perniagaan kedai makan saya dengan menyebarkan gambar dan kad pengenalan saya sekiranya saya berhenti daripada meneruskan pinjaman tersebut.

“Akibat tekanan berterusan, saya mengalami kerugian sebanyak RM400,000 sebelum membuat laporan polis pada 12 Mac lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles