Penulis Buku Indonesia Puji Langkah Malaysia Tangani Covid-19

Penceramah dan penulis buku Indonesia, Ustaz Suharsono kagum dan memuji cara Malaysia menangani jangkitan wabak Covid-19.

Dalam satu rakaman video di laman YouTube, beliau berkata langkah yang diambil oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam berdepan pandemik global itu dibuat bertunjangkan Islam.

Suharsono yang juga Pengarah Lembaga Studi Pengembangan Peradaban (LSiPP) berkata, langkah itu juga memberi peluang untuk ekonomi negara pulih tetapi dalam masa sama terus mengekang wabak daripada menular.

“Perdana Menteri yang cukup memberi kepedulian yang luar biasa kepada masyarakatnya.

“Rakyat dapat keperluan yang baik tidak kira yang kaya atau miskin kerana semua dijamin mendapat bantuan,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan semula ekonomi dilihat satu usaha untuk membantu rakyat dan negara diatur dengan cara Islamik.

“Malaysia berjaya mengawal koronavirus (Covid-19) dengan jumlah kematian yang rendah berbanding negara lain.

“Ini sesuatu yang menarik dengan kemampuan pemerintah (kerajaan) di Malaysia betul-betul menghargai rakyat tanpa protes,” katanya.

Menurutnya, jika pemerintah itu adil dan mempedulikan rakyat, negara itu pasti akan terus makmur daripada pelbagai sudut terutama ekonomi.

Tambahnya, penurunan harga bahan api sejak Covid-19 di Malaysia juga membuktikan kerajaan tidak mengeksploitasi rakyat di saat sukar. – TRI

BBerkaitan

Latest articles