Penuh Kesan Lebam Di Badan Mayi Ditemui Maut, Pasangan Suami Isteri Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui maut dalam keadaan penuh kesan lebam dan kebiruan di tubuhnya di sebuah kondominium di ibu negara malam tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, pasangan berusia 38 dan 50 tahun itu ditahan selepas si suami yang merupakan bapa angkat bayi berkenaan membuat laporan polis pada jam 9.34 malam, memaklumkan mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri di rumah.

“Siasatan awal mendapati bayi tersebut ditemui tidak bernyawa di ruang tamu dengan keadaan tubuh kebiruan dan dipenuhi lebam. Keadaan ini menimbulkan syak berlaku unsur penderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mayat bayi malang itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian sebenar.

Polis masih meneruskan siasatan termasuk latar belakang penjagaan bayi tersebut dan sama ada terdapat sebarang rekod penderaan sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles