Pentingnya “Satu Rumah, Satu Kain Kafan”

KUALA LUMPUR: Dengan tagline “satu rumah, satu keperluan”, usaha KAF Digital Media memberi pendidikan dan kesedaran awal kepada umat Islam berkenaan penyediaan awal set pengurusan jenazah harus dipuji.

Realitinya, setiap yang hidup pasti akan merasai mati, maka adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah ini.

Sehubungan itu KAF Digital Media komited memupuk inisiatif umat islam supaya menyediakan set kelengkapan
pengurusan jenazah di setiap rumah.

Pengeluaran sebanyak 1,500 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato’ Mohammad
Kazim Elias bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Malah edisi khas ini mengangkat pendakwah bebas tersebut sebagai jurucakap.

Lebih lanjut, set ini lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi, dan boleh digunakan untuk jenazah lelaki
dan perempuan.

Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com.

Untuk rekod, KAF Digital media ditubuhkan pada tahun 2023 dan diasaskan oleh tiga orang anak muda iaitu Khairul Manaf, Anas Abd Rahman dan Fawzan Ismail.

Syarikat ini memiliki kilangnya di Desa Coalfield, Sungai Buloh.

Dalam pada itu KAF Digital Media turut membuka jualan secara OEM, dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan atas tujuan infaq.

BBerkaitan

Latest articles