Pentingnya Pupuk Kesedaran Awal Sayangi ‘Miss V’ Di Usia Muda

KUALA LUMPUR: Masih ramai dalam kalangan kanak-kanak perempuan tidak didedahkan dengan kepentingan menjaga alat sulit.

Sedangkan ia merupakan sebahagian daripada rutin harian, apatah lagi mereka juga akan mengalami kitaran haid.

Sehubungan itu sekumpulan pelajar semester dua Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengambil kesempatan memupuk kesedaran penjagaan ‘Miss V’ menerusi program yang dinamakan Vitality Voyage.

Ketua projek, Nur Fatin Najla So’ap, 21, berkata penganjuran program tersebut diharap dapat menyemai kesedaran kepada murid perempuan mengenai kebersihan alat sulit wanita.

Siti Nur Atikah Iman, 12, antara peserta program itu berkata, sebelum ini mengakui dia tidak melihat alat sulit wanita itu sebagai penting kerana menganggap ianya sentiasa bersih.

“Tidak ada sesiapa yang ceritakan kepada saya mengenai hal ini. Mungkin sebab umur saya yang masih kecil, jadi orang tidak lihat tiada keperluan untuk kongsikan maklumat ini dengan saya.

“Selepas mendengar ceramah ini, saya akan memastikan bahagian itu sentiasa dalam keadaan bersih,” katanya.


Manakala Noraishah Sofia Luqmanul Hakim, 12, berpandangan program seumpama ini amat baik diadakan di sekolah, di samping menambah pelbagai ilmu baru.

“Selain itu, baru saya tahu bahawa tidak ada keperluan untuk membasuh tuala wanita sekiranya darah haid mengalir ke atasnya.

“Saya harap program kesedaran seperti ini dapat diteruskan di sekolah lain supaya murid perempuan dapat mempelajari mengenai kepentingan penjagaan alat sulit mereka,” ujarnya.

Seramai 50 murid perempuan Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang mengambil bahagian dalam program yang berlangsung selama empat jam itu.

BBerkaitan

Latest articles