Pentadbiran Kerajaan Sabah Masih Terkawal Walaupun UMNO Tarik Sokongan – Anwar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya keadaan semasa politik di Sabah khususnya kerjasama dalam pembentukan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sejak 2020 masih dalam keadaan terkawal sehingga kini.

Anwar juga memaklumkam bahawa beliau telah meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar meredakan keadaan untuk sementara waktu.

“Keadaan lebih tenang, saya sudah cakap dengan Ketua Menteri (Sabah) Datuk Seri Hajiji Noor dan saya difahamkan Datuk Seri Zahid pun sudah bercakap dengan Datuk Bung Moktar Radin.

“Keadaan terkawal untuk seketika dan Insya-Allah kita dapat pastikan keadaan pengurusan Kerajaan Negeri (Sabah) itu tidak terjejas.

“Ini kerana keutamaan kita menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita di pekarangan ibu pejabat PKR, semalam, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH kali pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan di Ibu Pejabat PKR.

BN mengumumkan menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri yang dimeterai sejak PRN Sabah pada September 2020.

Perkara itu diumumkan Bung Moktar selaku Pengerusi BN Sabah dan Ketua UMNO Sabah dalam satu sidang media mengejut pada malam semalam.

Tindakan iti diambil UMNO selepas Hajiji memecat Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Khazanah Sabah dan mengugut mengumumkan rombakan Kabinet negeri.

Hajiji juga didakwa melanggar persefahaman yang dibuat di antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dibuat ketika PRN Sabah pada September 2020.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Perdana Menteri memberi jaminan akan menemui semua pemimpin Sabah yang terbabit dalam menyelesaikan kemelut politik itu sekembalinya beliau dari lawatan kerja ke Jakarta.

“Insya-Allah selepas saya kembali dari Jakarta, saya akan beri perhatian khusus perkembangan di Sabah,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles