Penstrukturan Tol: PH Tak Usah Nak ‘Tumpang Nama’

KUALA LUMPUR: Dasar Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan pusat suatu ketika dahulu adalah dengan mengambil alih lebuh-lebuh raya tersebut dan selepas itu menawarkan tol percuma pada tengah malam dan mengenakan ‘caj kesesakan’ pada siang hari dengan kadar tol yang sama.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan dasar PH itu berbeza dengan kerajaan hari ini yang mengambil alih empat lebuh raya tersebut untuk mengekalkan kadar tol tanpa kenaikan sehingga tamatnya tempoh konsesi.

“Tak sama, PH. Korang fikir Malaysiansmudah lupa?,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai dasar PH ketika menjadi kerajaan dahulu, gabuang  itu merancang untuk terus mengutip caj kesesakan itu buat selama-lamanya.

Katanya, janji tol percuma PH sebenarnya telah menjaditoll forever.

Tambah Najib, selain empat lebuh raya bandar ini yang menjadi tol percuma, PH juga telah gandakan baki tempoh konsesi bagi lebuh raya milik PLUS 18 tahun lagi kepada 38 tahun.

Sepatutnya, tempoh konsesi PLUS yang tamat pada 2038 tetapi kini dilanjutkan ke tahun 2058 oleh PH, ujarnya

”Kenapa perlu toll foreverpula?

”Sebab harga yang kerajaan PH cadang untuk bayar bagi 4 lebuh raya tersebut ialah sekitar RM6.2 bilion. Iaitu terlampau mahal mengikut penganalisis – pada harga 2.7 kali ganda nilai buku dengan premium sebanyak RM2.82 bilion,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam mengumumkan kadar di empat tol Lebuh raya di Lembah Klang tidak dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi.

Bagaimanapun PH mendakwa langkah tersebut merupakan kesinambungan usaha Kerajaan PH pada 2019 apabila Kabinet memutuskan untuk mengambil alih  lebuh raya terbabit.

BBerkaitan

Latest articles