Penolakan Rakyat Terhadap PKR, PH Dorong Rafizi Tanding Jawatan Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan bakal bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Untuk rekod, kelibat Rafizi, yang juga naib presiden PKR mula ‘sepi’ selepas mengambil pendirian tidak mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan ketika Pakatan Harapan (PH) mula menjadi kerajaan.

Dalam kenyataan medianya, Rafizi mendakwa keputusan diambil untuk kembali menyertai gelanggang politik selepas kegagalan PH di empat pilihan raya sebelum ini, dengan yang terbaru di Johor.

“Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa PKR dan Pakatan Harapan (PH) telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas Umno/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

“Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles