Penjualan Tiket VTL Bas, Penerbangan Malaysia-Singapura Dihenti Seketika

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi insiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysa-Singapura digantung sementara sepanjang tempoh 23 Disember ini sehingga 20 Januari depan.

Ia berikutan perkembangan terkini di Singapura yang mendapati dua daripada tiga kes positif COVID-19 berkemungkinan varian Omicron manaka keputusan bagi lain-lain kes masih belum selesai (pending).

Menurut Khairy, ketiga-ketiga kes itu tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.

Mengulas lanjut, bagi mereka yang telah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL ini.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL ini akan dibuka semula pada 21 Januari 2022 selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada kuota sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles