Penjualan MAHB tak pernah berbangkit, masih kekal milik Malaysia – PM Anwar

PARLIMEN – Perdan Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak pernah dijual kepada pihak asing dan terus kekal menjadi milik Malaysia.

Perdana Menteri berkata dakwaan kononnya MAHB dijual menerusi pemilikan syarikat asing adalah sama sekali tidak berbangkit, malah pegangan saham majoriti MAHB dikuasai Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak 70 peratus, meningkat berbanding 40 peratus sebelumnya.

Beliau juga berkata, jawatan pengurusan utama iaitu pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) MAHB juga masih diterajui rakyat Malaysia.

“Dengan perubahan (penstrukturan semula MAHB) ini, pemilikan Khazanah dan KWSP meningkat dari 41 peratus kepada 70 peratus. Ini berbeza dengan naratif di luar sana.

“Naratif di luar seolah-olah (berlaku) penjualan (sedangkan) tidak ada penjualan MAHB kepada syarikat asing.

@therakyatinsightPenjelasan PM mengenai Pelaburan dan penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) di Parlimen hari ini

♬ original sound – The Rakyat Insight

“Selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil alih oleh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP). Apakah kita ada penjualan melibatkan lapangan terbang… tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menjelaskan keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GILC) terhadap penjualan saham MAHB itu.

BlackRock Inc selaku pengurus aset terbesar di dunia, dengan aset di bawah pengurusan (AUM) AS$10.5 trilion (RM49.35 trilion) setakat 31 Mac lalu memegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di seluruh dunia.

Sebahagian besar portfolio BlackRock dikhususkan untuk pelaburan berkaitan indeks yang pasif termasuk gergasi teknologi seperti Apple, Facebook dan Google. Di pasaran Amerika Syarikat (AS) pegangan BlackRock dalam setiap syarikat terbesar S&P500 secara purata adalah sekitar 7.35 peratus.

Di Malaysia, BlackRock telah pun berada di negara ini sejak 1990-an dengan data yang boleh diperoleh secara terbuka setakat Mei lalu menunjukkan syarikat itu memiliki pelaburan ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai merangkumi sektor industri, dengan tiga entiti terbesar adalah institusi perbankan di negara ini. Secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 billion

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan bahawa pensturukturan MAHB membabitkan GIP ini hanya akan melibatkan aspek pengurusan.

“MAHB syarikat yang menguruskan lapangan terbang, kekal milik kerajaan Malaysia. Ini sama dengan MAHB diberi izin oleh kerajaan Turkiye untuk mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul.

“Kita diberi hak mengurus tetapi (lapangan terbang di Istanbul) milik kekal kerajaan Turkiye. Berbeza (denbgan naratif) kita menjual hak Malaysia kepada zionis dan Israel. Kritikan saya terima baik, tapi biarlah berdasarkan fakta,” katanya.

Kepentingan BlackRock di Malaysia

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pemilik GIP iaitu BlackRock Inc sejak dulu hingga kini sudah mempunyai kepentingan menerusi pasaran saham Bursa berjumlah RM20.5 bilion termasuk dalam syarikat besar seperti tenaga, Telekom Malaysia, PETRONAS, selain RM7 bilion dalam bon kerajaan.

“Kita diserang sekarang termasuk oleh rakan-rakan sebelah sana (pembangkang). Dia lupa bahawa keputusan penting memberi peranan BlackRock diberikan pada 26 Februari 2021, (Ahli Parlimen) Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yasin) jadi Perdana Menteri dan menteri-menterinya, sebelah sana.

“Keputusan menyerahkan KWSP, akaun berurus berasingan bersama ekuiti persendirian patuh syariah pertama yang terbesar di dunia yang diberikan kepada BlackRock. Tahniahlah.. jumlahnya AS$600 juta bersamaan RM2.4 bilion pada 2021,” katanya.

Anwar berkata, pada masa itu, hal pembabitan BlackRock ini tidak pun dibangkitkan dan dijadikan isu politik untuk menentang pimpinan kerajaan.

“Kalau tanya saya masa itu, saya pertahankan, saya tidak mahu jadikan ia isu politik kerana kemungkinan KWSP pada masa itu sudah melapor kapada Pagoh (Muhyiddin) dan mungkin Jemaah Menteri bahawa ni hanya syarikat pelaburan.

“Apakah BlackRock pada masa itu tidak menyentuh sentimen pro Israel.. sudah. Tetapi dalam kes MAHB, tidak pernah ada rundingan, tidak sepertimana 2021. Pada 2021, KWSP runding terus dengan BlackRock.

“Pada 2023, KWSP dan Khazanah runding dengan GIP tidak melibatkan BlackRock. Itu keadaan dia berbeza dengan naratif di luar,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles