Penjelasan Takiyuddin Mengenai Hubungan “Adik Beradik Pas Bersatu” Timbulkan Lebih Banyak Persoalan Kata MKT Umno

KUALA LUMPUR — Cerita kontot Takiyuddin tu hanya sekadar gambaran untuk menutup pelbagai persoalan lain kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Menurut Datuk Razlan Rafii, penjelasan yang dibuat oleh Setiausaha Agong PAS seperti yang dilaporkan media bahawa hubungan PAS dan Bersatu umpama adik beradik itu hanyalah sekadar gambaran untuk menutup isu tetapi sebaliknya membuka persoalan lain.

Persoalan pertama, mengapa si kakak sanggup menukarkan ‘bin’ anak tu tadi kepada bin adiknya meskipun niat hanya nak bantu. Kalau nak bagi mudah faham lagi ialah jika niat PAS nak bantu Bersatu, tak perlulah si calon tersebut letak jawatan sebagai ahli PAS dan menyertai Bersatu?

Persoalan kedua pula, jika dikatakan si adik kekurangan anak lelaki untuk bantu kerja di ladang kebun getah. Mengapa pula muncul 480 ahli-ahli Bersatu di dalam Gua Musang mengisytihar diri keluar parti dan masuk UMNO?

Takkan tiada ahli akar umbi Bersatu di sini yang tidak berkebolehan atau berkelayakan menjadi calon selain orang PAS soalnya dalam satu hantaran di laman facebooknya hari ini.

Sebelum ini PAS melalui Setiausaha Agungnya berkata hubungan PAS seperti seorang kakak dan Bersatu ini pula seorang adik.

Gambaran tambahan diberikan kononnya si adik ada ladang kebun getah yang luas tapi dek kerana kekurangan anak lelaki untuk mengerjakan ladang tersebut maka si adik minta bantuan daripada kakak Dengan rasa prihatin, si kakak pun menghantar seorang anaknya untuk membantu kerja di ladang kebun getah tersebut.

Takiyuddin memberi analogi itu sebagai mengulas kritikan terhadap calon Rizwadi yang dianggap sebagai calon dari PAS meskipun dia menyertai Bersatu.

Perkara itu terus menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi sehingga Sebanyak 12 cawangan Bersatu di Gua Musang ditutup sepenuhnya, selepas 480 ahli di kesemua cawangan itu bertindak keluar parti dan menyerahkan borang keahlian UMNO itu semalam.

Borang kesemua ahli berkenaan diserahkan bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang Che Ariffin Hussin kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 4 Julai lalu,PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan sudah menghantar seramai tiga nama calon sebagai persiapan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Noor memaklumkan bahawa perkara itu juga sudah dibincangkan di peringkat pimpinan Perikatan Nasional (PN).

BBerkaitan

Latest articles