Peniaga Warga Emas Maut Kena Tikam 27 Kali

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua suspek yang bertindak membunuh dengan menikam seorang peniaga nasi dalam kejadian di parkir sebuah kondominium di Jalan Ooi Thiam Siew, Jelutong, petang semalam.

Mangsa, Teh Teik Chye, 60, maut dengan 27 kesan tikaman ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan pada jam 6.18 petang di perumahan berkenaan.

Katanya, saksi yang juga penduduk di sini mendakwa dia melihat lelaki berkenaan terbaring di kawasan parkir sebelum membantunya menghubungi keluarga serta ambulans.

“Susulan itu, mangsa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa membawa kepada penemuan 27 kesan tikaman pada bahagian dada, leher dan abdomennya. Selain dia dipercayai ditikam menggunakan pisau,” katanya kepada pemberita.

Tambah Saravanan, hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lif dan pondok pengawal mendapati dua suspek lelaki dilihat menaiki motosikal memasuki perumahan berkenaan.

“Seorang daripada mereka bertindak menikam mangsa manakala seorang lagi menunggu hanya di motosikal sebelum masing-masing melarikan diri sebaik melakukan jenayah tersebut.

“Kita percaya motif kes ini lebih kepada bunuh bukan samun kerana barang berharga milik mangsa masih dimilikinya.

“Selain itu, semakan juga mendapati mangsa yang juga peniaga di Pasar Awam Jalan Perak itu mempunyai rekod lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek terlibat turut dilakukan.

BBerkaitan

Latest articles