Peniaga hadapi kerugian ratusan ribu ringgit ekoran Jualan Hoorey x Fest Raya dibatal di saat akhir

KUALA LUMPUR – Kecoh,panas namun dapat berbincang secara matang itu yang berlaku di antara para peniaga dan pengajur program Jualan raya “Hoorrey X Fest Raya ”  yang dijadualkan bermula 12:00 tengah malam 19 April 2023 sehingga 21 April 2023 dibatalkan saat akhir.

Para peniaga yang mengalami kerugian yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit itu berasa hampa apabila dikejutkan dengan pengumuman WTC Kuala Lumpur bahawa acara tersebut telah dibatalkan dan tidak akan diadakan di WTC Kuala Lumpur serta tidak bertanggungJawab ke atas sebarang kerugian ratusan penlaga yang terdiri daripada penlaga pakalan, makanan, kulh raya dan kelengkapan raya itu.

Seorang peniaga kenderaan pramusaji yang ditemui di parkir kenderaan aras 4, WTC malam ini berkata mereka terpaksa mencari alternatif lain bagi mengelakkan kerugian lebih besar apabila stock barangan basah yang mereka bawa tidak dapat diniagakan.

Muhammad ariff , peniaga cendol yang kerugian lebih 4000 ringgit ekoran stok makanan yang tidak daapt diniagakan

Bagi Fatin Rahman yang menjual ayam dan daging kunyit turut menunjukkan stok makanan yang dinyahbekukan kerana mahu mula berniaga hari ini, namun berasa kecewa kerana acara itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

Fatin rahman, 30 peniaga food truck , menunjukkan stok ayam dan daging yang sudah diperap

Bagi seorang peniaga cendol, Muhammad Ariff pula berkata beliau menanggung kerugian beribu ringgit apabila stok santan sawit, cendol, minuman yang dibawa tidak dapat diniagakan

Bagaimana kami mahu menghadapi syawal tahun ini kerana tidak dapat menjalakan perniagaan dan stok makanan yang dibawa juga sudah rosak dan sekaligus mendatangkan kerugian kepada mereka.

Penganjur program hooray x fest raya, Datuk Mohammad Alif Hakim ketika berbincang bersama peniaga

Bagi Penganjur acara itu pula, Datuk Mohammad Alif Hakim berkata pihaknya menghadapi masalah di saat-saat akhir apabila pihak penaja yang berjanji menaja program berkenaan menarik diri di saat-saat akhir.

Ini sekaligus mendatangkan masalah kepada pihak mereka dan berjanji akan menyelesaikan perkara itu dimana dia dan para peniaga akan berbincang kembali mengenai masalah yang timbul ekoran pembatalan acara jualan Hooray x fest Raya itu di saat akhir petang esok.

Petang tadi Penganjur acara, Tenview (M) Sdn Bhd hanya memberikan kenyataan pembatalan acara pada jam 6:10 petang harl ini, kurang 6 Jam sebelum acara berlangsung. Tindakan ini telah menambahkan kemarahan peniaga yang telahpun beraca di WTC Kuala L.umpur untuk tujuan pemasangan dan penyediaan gerai jualan.

Acara Hooray × Fest Raya sepatutnya diadakan pada 19-21 April 2023 berlangsung selama 72 jam tanpa henti di WTC Kuala Lumpur. Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayle Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteeria, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullsh, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega dan Shaya Aziz.

BBerkaitan

Latest articles