Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, balai polis Tun H.S.Lee menerima panggilan daripada orang awam yang melaporkan kejadian pada pukul 7 malam itu.

“Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Tun H.S.Lee, pasukan bahagian jenayah, Unit Rondaan Bermotosikal dan kereta MPV polis bergegas ke lokasi kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati mereka adalah penjual kedai perkakasan dan komputer.

“Siasatan lanjut polis mereka terlibat pergaduhan kerana berlaku rasa tidak puas hati dalam merebut pelanggan ke kedai menjual komputer dan laptop masing-masing,” katanya.

Beberapa video berkaitan pergaduhan otu juga tular di media sosial.

Menurut Mohamad Zainal, polis telah menahan 42 individu dan mereka dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

CUEPACS Gesa Tindakan Tegas Pesakit COVID-19 Minum Bir Di PKRC

Susulan tular gambar membabitkan beberapa individu meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kota Kinabalu sejak semalam, Kongres...

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...