Pengusaha Ayam Penelur terpaksa jual aset untuk pastikan bekalan telur ada di pasaran

KUALA LUMPUR — Pengeluar telur ayam terpaksa menggadaikan aset bagi meneruskan operasi dan membayar hutang, itu luahan pemain industri ayam penelur di Malaysia.

Ini kerana mereka berdepan isu kos pengeluaran terus meningkat, manakala harga siling yang ditetapkan kerajaan terlalu rendah untuk pengeluar memperoleh keuntungan.

Untuk rekod rakyat Malaysia memakan 27 juta hingga 28 juta telur ayam sehari dengan gred A,B dan C menyumbang 90% daripada pengeluaran, manakala telur jenis Omega hanya menyumbang 10%.

memetik laporan portal Malaysia Insight, Timbalan Presiden Persekutuan Penternak Malaysia Lee Yoon Yeau berkata pengeluar telur ayam mengalami kerugian setiap bulan.

berbeza dengan sistem ayam pedaging, yang hanya mengambil masa 30 -40 hari untuk satu kitaran penternakan ayam, namun ia mengambil masa tujuh bulan bagi menghasilkan telur, ditambah dengan permintaan harian yang tinggi.

Sebuah ladang kecil boleh menghasilkan sehingga 300,000 telur sehari, ladang bersaiz sederhana boleh menghasilkan antara 500,000 dan 800,000 telur sehari manakala ladang besar boleh mengeluarkan tiga hingga empat juta telur setiap hari.

Kerajaan menetapkan harga siling telur ayam Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen) sejak 1 Julai lalu.

sebagaimana yang dihadapi oleh penternak ayam pedaging, penternak ayam penelur juga berdepan dengan kos makanan ayam seperti jagung dan kacang soya meningkat lebih 80% tetapi telur dijual di bawah harga pasaran manakala pengeluar hanya mendapat subsidi tiga sen.

Katanya, jika keadaan ini berterusan pengeluar bersekala kecil akan gulung tikar.

“Ladang kecil tidak banyak melabur dalam teknologi dan tidak mempunyai hutang yang besar, jadi mereka boleh menutupnya pada bila-bila masa,” kata Lee.

“Ladang besar yang diusahakan koperasi masih boleh bertahan, tetapi ladang bersaiz kecil dan sederhana tidak boleh.

“Walaupun untuk ladang bersaiz sederhana, melainkan jika ada yang sanggup membeli perniagaan mereka, mereka tidak mampu untuk menutupnya kerana hutang.”

Masalah terbesar bagi penternak sekarang ialah aliran modal, kata Lee.

“Bagi setiap telur yang kami hasilkan, kami rugi enam sen. Jika kita mengeluarkan tiga juta telur, kerugian ditanggung adalah RM180,000 sehari, atau RM2 juta sebulan dan RM50 juta setahun. Apa yang perlu kami buat untuk mengimbangi kerugian?,” soal Lee.

Lee berkata pembekal hanya menerima transaksi tunai, pada masa yang sama, pembayaran subsidi oleh kerajaan ditangguhkan selama dua bulan sejak pandemik Covid-19.

Baru-baru ini juga Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin itu berkata, “kekurangan besar-besaran” telur dalam pasaran tempatan adalah isu yang lebih mendesak ketika ini berbanding bekalan ayam.

Menurutnya, beliau telah menekankan mengenai kekurangan telur sejak tiga bulan lalu namun Putrajaya nampaknya tidak menangani masalah itu.

“Kita hanya mendapat 50% bekalan,” katanya. “Kekurangan bekalan telur ini perlu ditangani segera. Kerajaan sudah memberi subsidi telur ayam, jadi sama ada subsidi tidak mencukupi

Dalam pada itu, menurut lee lagi pengeluar perlu mencari aliran tunai, membayar balik hutang, membayar gaji pekerja, kos operasi dan bank, kata Lee.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan keadaan bank teragak-agak untuk memberikan pinjaman kerana industri itu dianggap tidak stabil, katanya.

“Satu-satunya cara kami dapat meneruskan perniagaan adalah dengan meminta pembekal melanjutkan tarikh bayaran balik. Lebih teruk, kami perlu menggadai dan menjual aset untuk mendapatkan wang.

“Kerajaan terus bertanya kepada kami soalan yang sama, ‘bagaimana boleh rugi sedangkan dapat duit’, mereka tidak sedar kami menjual aset”.

Kebanyakan ladang beroperasi selama 20 hingga 30 tahun, jadi mereka bergantung pada modal lama, tanah atau aset lain untuk meneruskan perniagaan mereka.

“Walaupun kami ingin menjual perniagaan sekarang, kami tetap perlu menjelaskan hutang terlebih dahulu, terutamanya mereka yang meminjam bagi melabur dalam teknologi.”

Lee berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menghapuskan kawalan harga atau meningkatkan subsidi bagi membantu pengeluar.

“Harga siling sudah terlalu lama, perniagaan kami tidak lagi menguntungkan. Ini sangat serius dan ia boleh menjatuhkan industri.”

Katanya, kebanyakan ladang mengurangkan pengeluaran kerana masalah aliran tunai buat masa ini.

BBerkaitan

Latest articles