Pengurusan Banjir Akan Ditambah Baik – PM

JELEBU: Tidak menafikan wujudnya kelemahan dalam urus tadbir bencana, terutamany di Selangor, namun Perdana Menteri bertegas bahawa hal tersebut akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanggungjawab pengurusan bencana banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan pihak berkaitan setiap daerah memainkan peranan penting.

“Saya tidak menafikan (kelemahan) dan akan menambah baik pada masa akan datang… Tanggungjawab banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan frontliners adalah daerah-daerah.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hanya koordinator… kalau dianggap kelemahan koordinasi saya tidak membela sesiapa dalam keadaan begini, bagi saya semua perlu dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Besar D’Sury, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles