Pengundi muda tolak politik bersifat kebencian – Khairuddin

KUALA NERUS: Pengundi muda menolak politik bersifat provokasi dan persepsi yang tidak memberi manfaat serta memecahbelahkan perpaduan umat dan rakyat, kata calon BN Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Malah kata Khairuddin, bukan itu sahaja tetapi pengundi muda hari ini juga menolak politik kebencian yang menjadi modal kempen untuk sesetengah parti politik.

“Rakyat hari ini cerdik, mereka ikuti perkembangan di media sosial termasuk Facebook dan TikTok, mereka mahukan kesatuan umat, inilah kehendak anak muda sekarang.

“Cukup-cukuplah bermain politik. Mereka mahukan negara yang gagah, stabil dan makmur untuk kehidupan seterusnya demi anak cucu mereka.

“Zaman pertembungan sudah berlalu, siapa bawa idea ini mereka akan ketinggalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu berkataa, BN kekal konsisten membawa idea penyatuan umat.

“Saya jadi saksi bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi konsisten berpakat dengan umat bahkan masih menawarkan muafakat pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles