Pengundi FELDA Kini Beralih Sokong PN – Hamzah

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) menaruh keyakinan ia mampu menang di semua kerusi ditandingi yang majoriti pengundinya adalah peneroka FELDA.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga mendakwa warga FELDA bukan lagi menjadi deposit tetap Barisan Nasional (BN).

Apatah lagi bayaran hutang FELDA membabitkan berbilion ringgit diselesaikan ketika pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau kita benar-benar berterima kasih, berterima kasihlah kepada mereka yang menyelesaikan masalah kita. Sebab itu saya yakin dengan budaya rakyat kita, mereka akan berterima kasih kepada insan yang sudah menyelesaikan masalah mereka.

“Saya berharap warga FELDA di seluruh negara berfikir dan memilih mereka yang benar-benar prihatin terhadap rakyat,” katanya pada sidang media selepas taklimat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan persiapan Monsun Timur Laut (MTL) di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

BBerkaitan

Latest articles