Pengundi Dijangka Menolak Mazlee Di Simpang Renggam

KUALA LUMPUR — Pemimpin pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menjangkakan pengundi tempatan akan menolak penyandang kerusi Simpang Renggam, Maszlee Malik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemuda BN Johor, Syed Mohd Syed Nasir berkata ini kerana Maszlee bukan anak tempatan di Simpang Renggam.

“Rata-rata pengundi tempatan di Simpang Renggam menolak calon bukan anak tempatan seperti Maszlee.

“Majoriti pengundi dj DUN Layang-Layang mahukan anak tempatan,” kataya

Dalam pada itu, Syed yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang berkata
walaupun Barisan Nasional (BN) kalah di Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno akan terus menyantuni rakyat sehingga hari ini.

Beliau berkata, Umno di Simpang Renggam dilihat lebih kuat untuk menang berbanding jika Maszlee bertanding di kawasan Parlimen itu.

Kerusi Parlimen Simpang Renggam secara tradisinya diberikan kepada Gerakan dalam gabungan BN.

Bagaimanapun Pada Jun 2018, Gerakan mengumumkan keluar BN untuk menjadi parti bebas sebelum mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Februari 2021.

Pada PRU14, calon Gerakan, Liang Teck Meng tewas kepada Maszlee yang ketika itu bertanding atas tiket Bersatu dengan majoriti 3,475. 

Maszlee kemudian menyertai PKR pada November tahun lalu.

Sementara itu, Syed Mohd berkata Umno Simpang Renggam sedia merampas semula kerusi di Parlimen itu yang kini disandang Maszlee.

Beliau berkata sekiranya kerusi Parlimen Simpang Renggam diberikan kepada Umno, beliau yakin kerusi itu boleh ditawan semula oleh BN.

“Ini kerana majoriti pengundi dikawasan itu terdiri daripada kaum Melayu.

“Kebanyakan orang di Simpang Renggam mahu calon Melayu bertanding di kawasan itu. Kita yakin boleh menang jika Umno meletakkan calon mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Mohd setuju dengan kenyataan Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad berhubung partinya berhasrat bertanding 17 kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU15 termasuk Simpang Renggam.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya dan mampu merampas kembali kerusi itu daripada penyandangnya, Maszlee.

BBerkaitan

Latest articles