Pengundi Dengkil Diingatkan Tidak Ulangi Kesilapan Kali Kedua

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Noorazli Said mengingatkan para pengundi di kerusi berkenaan untuk tidak membuat kesilapan yang sama dalam memilih wakil rakyat.

Apatah lagi, mereka bakal menanggung natijah akibat tersalah pangkah selama lima tahun akan datang, menyebabkan pelbagai masalah berkaitan rakyat dan kawasan tidak dapat diselesaikan.

“Tetapi yang akan menanggung derita kitalah, selama lima tahun. 2018 kita dah ada seorang wakil rakyat pembangkang. Tapi apa yang kita boleh buat dengan wakil rakyat pembangkang? Kita panggil mesyuarat PIBG bolehlah dia datang, bila kita minta peruntukan dia kata tak boleh bagi sebab dia tak ada. Rumah kita kena banjir dia boleh datang tunjuk simpati, tapi minta bantu tak ada.

“Jadi kita kena bijak memilih sama ada wakil rakyat ini benar-benar boleh membantu kita, atau seorang wakil rakyat yang hanya ambil gaji kemudian lari dan akhirnya tak menyumbang apa-apa,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Tegas Noorazli, rakyat hari ini sudah bijak menilai tanggungjawab dan komitmen wakil rakyat yang dipilih.

“Yang kita mahukan adalah khidmat mereka. Kita pilih calon yang boleh membantu kita. Yang ada depan mata, yang sentiasa membantu susah atau senang dan tahu selok-belok tempat kita ini

“Kalau kita pilih calon yang bukan dari Kerajaan Perpaduan, nanti bila ditanya Bukit Changgang dimana dia tak boleh jawab, apatah lagi bila kita tanya 13 kampung lain.

“Cukuplah beri peluang kepada Bersatu di sini. Umpamanya produk yang sama hanya salin kulit sahaja,” ujarnya lagi.

Penyandang DUN Dengkil ketika ini adalah Adhif Syan Abdullah daripada Bersatu.

Adhif, sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi penyalabgunaan dadah sekitar 2021 dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Puchong.

BBerkaitan

Latest articles