Penghuni Penjara Berjaya Jahit Hampir 5,000 PPE Untuk Frontliners

Biarpun ramai petugas barisan hadapan yang sama-sama berkorban untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak pandemik Covid-19 di negara ini, ada satu kumpulan yang mungkin boleh dikatakan berada di barisan belakang tetapi apa yang mereka lakukan amat diperlukan oleh petugas-petugas frontliners.

Seramai 30 orang banduan di Penjara Seremban, Negeri Sembilan berjaya menyiapkan sebanyak 4,838 helai pakaian perlindungan diri (PPE) menggunakan tenaga dan kemahiran mereka.

Pengarah Jabatan Penjara Seremban, Penolong Kanan Komisioner, Muhammad Nazri Nasrudin, berkata projek menjahit PPE itu bermula awal bulan April.

Pihak Penjara Seremban mendapat permintaan daripada Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban, Pusat Kesihatan Daerah (PKD), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ).

“Sehingga kini kami sudah menyiapkan PPE membabitkan pakaian, sarung kepala dan kasut sebanyak 4,838 unit yang diserahkan kepada pihak yang berkenaan.

“Bagi HTJ sahaja, kami menyiapkan PPE membabitkan pakaian dan sarung kepala sebanyak 1,680, manakala bagi keperluan PKD pula sebanyak 1,460 unit membabitkan pakaian, sarung kepala dan kasut,” katanya menurut laporan Berita Harian Online.

Muhammad Nazri berkata, setiap hari, penghuni yang mendapat bimbingan tenaga pengajar dan dibantu kakitangan penjara mampu menghasilkan sekitar 250 unit PPE dengan proses menjahit bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata, projek menjahit PPE ini akan diteruskan sehingga wabak COVID-19 berakhir. – TRI

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini