Pengguna Dapat Perincian Bantuan Prihatin Elektrik Melalui Bil Julai

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dapat melihat perincian manfaatnya yang diterima selama tiga bulan, iaitu April, Mei dan Jun menerusi Penyata Terperinci, bulan ini.

Penyata Terperinci akan diterima bersama bil bulanan Julai dalam tempoh tujuh hari selepas pembacaan meter dilakukan.

Menerusi satu kenyataan rasmi TNB hari ini, pengguna juga boleh melihat perinciannya melalyu aplikasi myTNB dan laman web selepas 48 jam menerima Notis Makluman.

“Pembaca meter TNB akan melakukan bacaan bulan Julai di premis pelanggan mulai 3 Julai ini dan pelanggan akan diberi Notis Makluman bahawa pembacaan telah dilakukan.

“Pada 20 Jun 2020, kerajaan bersama TNB mengumumkan pemberian BPE sebagai pakej bantuan tambahan kepada semua 7.66 juta pelanggan domestik melalui pembiayaan penggunaan elektrik percuma hingga RM231 untuk tempoh tiga bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu April, Mei dan Jun 2020.

“Bantuan ini akan dinyatakan dalam bil bacaan sebenar,” kata kenyataan itu.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 hingga 900 kWj sebulan pula, mereka akan menikmati diskaun 10 peratus iaitu tambahan 8 peratus daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2 peratus bermula April 2020 hingga September 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan pada talian TNB CareLine 1-300-88-5454 atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga berhampiran.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini