Seorang pengarah bukan eksekutif di sebuah syarikat berkanun didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu, pada 2 petang tadi.
Beliau turut mengesahkan telah menerima laporan seorang wanita berusia 20 tahun mengadu menerima gangguan seksual sebanyak dua kali ketika berada di sebuah pasaraya terkemuka di Kota Damansara, pada 6 Ogos.
Berdasarkan hasil siasatan, suspek lelaki warga tempatan yang disyaki bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan menjawat jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif, katanya dalam kenyataan.
sebelum itu, tular di laman media sosial melalui platfortm TikTok kononnya pelaku itu pernah menjadi Ahli Parlimen dan bekas senator.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Shahrulnizam turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.