Penganalisis Gesa Pemimpin PAS, UMNO Perkasakan Semula MN

KUALA LUMPUR: Meskipun UMNO berkeras enggan meneruskan kerjasama Muafakat Nasional (MN), namun wujud gesaan untuk parti itu mengambil langkah berlembut dengan PAS.

Perkara itu dinyatakan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik menerusi program SKOP MG bertajuk ‘PAS Bergelut Antara PN Atau MN bersama seorang lagi penganalisis politik, Dr Mazlan Ali.

Terdahulu, timbul kembali gesaan kepimpinan PAS untuk parti itu berunding semula dengan UMNO bagi mengembalikan semangat MN, lebih-lebih lagi menjelangnya Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 (PRU15).

Yaakub berpandangan, sewajarnya pelbagai pandangan untuk MN perlu diraikan oleh kepimpinan kedua-dua, baik parti Pas mahupun UMNO.

“Mereka perlu duduk secara serius kerana sehingga ke hari ini tidak ada kenyataan muktamad bahawa MN itu telah berakhir.

“Boleh saya simpulkan di sini, MN itu masih hidup tetapi ‘nyawa-nyawa ikan’ yang belum diselamatkan oleh kedua-dua parti,” katanya.

Program yang berlangsung selama satu jam itu membawa pengisian bagaimana PAS dan UMNO boleh Kembali duduk semeja bagi kebaikan parti pada PRU15 akan datang.

“Masih ada harapan bagaimana untuk menghidupkan semula MN agar pada PRU15 yang pada bila-bila masa sahaja dapat memberi kelebihan kepada kedua-dua parti ini secara khususnya,” ujarnya.

Pada masa sama Mohammad Tawfiq berkata, platform MN perlu diperkasakan semula bagi mendapatkan kerusi dominan di Parlimen untuk memudahkan tugasan dakwah dan seterusnya mampu memperkembangkan lagi Islam di negara ini.

“Buat masa ini MN berada di penghujung jalan tetapi destinasinya itu masih jauh.

“Penting untuk PAS dan UMNO merasionalkan kepimpinan daripada kedua-dua parti ini supaya kembali faham kepentingan kerjasama politik ini dengan beberapa siri pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata BN yang mula mencipta momentum terbaik menerusi kejayaan dalam pilihan raya kecil dan negeri menunjukkan PAS perlu ada bersama-sama UMNO-BN.

BBerkaitan

Latest articles