MAKLUMAN : Ada tulisan asal dari pengguna Facebook ini terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan penggunaan Bahasa Melayu di dalam artikel.
Seorang pengguna Facebook semalam menulis satu hantaran yang pada hari ini menerima 75 komen dan dikongsi 649 kali serta disukai sebanyak 1,100 kali menceritakan tentang satu kisah berkaitan wabak Covid-19 di Hokkaido, Jepun.
Pengguna dengan akaun bernama Fdaus Ahmad memulakan hantarannya di Facebook dengan memetik kata-kata seorang Penyelidik dari King College, London Prof Shibuya Kenji yang menyebut, jika anda berjaya mengawal jangkitan tempatan, jika anda menamatkan perintah berkurung, risiko jangkitan kembali mendadak adalah tinggi.
Menurut beliau, profesor berkenaan menegur keputusan Gabenor Hokkaido yang terlalu cepat untuk menamatkan perintah berkurung serta beri kelonggaran untuk aktiviti ekonomi berjalan semula.
Semalam, kerajaan bersetuju supaya sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1, 2 dan 3 meningkat kapasiti sepenuhnya dan dibenarkan beroperasi tanpa sekaran masa mengikut keperluan industri masing-masing.
Kebenaran itu diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang bersidang pada 27 April 2020 bagi membincangkan kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara, kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan keputusan berkenaan.
Berbalik pada tulisan Fdaus, dia kata Hokkaido adalah kawasan yang paling teruk terkena jangkitan Covid-19 pada peringkat awal tetapi penduduk Hokkaido tidak ramai cuma kira-kira 5.2 juta orang sahaja.
Pada hujung bulan Februari, kes aktif di wilayah itu cecah 77 dari 206 kes seluruh Jepun. Ia jadi penyumbang kes ke-3 tertinggi di Jepun.
“Tak ada buang masa, Gabenor Hokkaido Suzuki Naomichi terus declare lockdown untuk tiga minggu.
“Sampai 17 Mac, zero kes di Hokkaido… Semua orang happy!…Pengumuman dibuat.
“The worst was over!.. Maka aktiviti ekonomi pun dibuka untuk berjalan semula,” menurut tulisan Fdaus.
Menurutnya,Kegembiraan yang dinikmati oleh pemerintah dan penduduk Hokkaido tak bertahan lama, cuma lebih kurang sebulan selepas mereka mencatatkan sifar jumlah kes pada 17 Mac 2020.
“Sepanjang pembukaan semula aktiviti ekonomi kes mula berjalan balik, tapi dah buka 2-3 hari takkan nak lockdown semua kan? 7 April – masa ni kes dah 198,” katanya.
Fdaus berkata pada 12 April 2020, Naomichi mengumumkan semula perintah berkurung di Hokkaido.
Difahamkan hari ini, masih ada kes dicatatkan di Hokkaido dan ada juga kematian direkodkan.
“Hokkaido memberi lesson kepada pemimpin negara negara di dunia, even pada zero (0) kes pun belum pasti lagi memberi makna apa-apa.
“Ini aku ambil contoh Hokkaido dalam negara Jepun. Negara maju serba serbi, rakyat taat, rakyat patuh dan rakyat paling berdisiplin yang dunia boleh jadikan contoh,” kata Fdaus.
Oleh yang demikian, pengguna Facebook ini memberikan cadangan seperti berikut :-
Tulisan Asal Fdaus Ahmad Di Facebooknya
Oleh yang demikian, atas kapasiti personal, aku tak bersetuju dengan kelonggaran aktiviti ekonomi berskala besar yang MITI buat di Malaysia bermula hari ni, atas beberapa sebab.
1. Kes masih double digit. Not even single digit, apatah lagi mencapai sifar (0).
2. Testing masih belum menyeluruh especially untuk pendatang asing. Contohnya setakat 3 hari lepas, testing geng pendatang di hotspot Selangor dan Malayan Mansion seramai 14,000 orang, positif kes 670 orang. 4.7% banyak ni.
3. Kita masih ada kluster dari luar negara. Ni tak masuk lagi kluster pasar borong. Pendatang asing di Malaysia ada 3 juta orang, duduk serumah 10-20 orang – bersepah seluruh negara. Entah tak tahu lah kalau muncul pulak kes geng ni.
***
Rakyat Amerika sampai turun ke jalan raya desak Gabenor negeri masing masing buka semula ekonomi. Tu Amerika kita faham lah fundamental masyarakatnya dah memang macam tu.
Kalau kita pakai apa Washington Post cakap, protes protes di Amerika ni ada tajaan dari pemegang taruh yakni kumpulan pemodal yang ada kepentingan dengan perolehan aktiviti ekonomi. Jerung jerung ni lah yang orkestrate supaya desakan bertali arus dari semua arah untuk roll on semula mesin dan enjin pencetak US Dollar.
Yang kita di Malaysia ni aku hairan, tak ada pun desakan protes angkat sepanduk apa bagai – ehh macam tu je roll on balik aktiviti ekonomi.
Aku bagi pandangan ikut precedence apa yang dah jadi di tempat lain.
Kalau kau nak tengok teknikel analisis, pegi baca apa Dr Mohd Hafiz Mohd tulis. Ni orang akedemik tulis.
Ok, aku tutup tulisan ini dengan ucapan;
Selamat berbuka puasa.
P/s: Terkenang travel keliling Hokkaido tahun 2018 dulu.