Pengait Sawit Dipenjara, 2 Kali Sebatan Selepas Mengaku Rogol Adik Ipar Sarat Hamil

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan terhadap seorang pengait sawit selepas mengaku bersalah merogol adik ipar perempuan yang sedang sarat hamil di sebuah rumah di Batu Pahat, minggu lalu.

Hakim, Sayani Mohd Nor, turut memerintahkan tertuduh yang berusia 26 tahun diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik ipar perempuan berusia 18 tahun di rumah sewa rakannya di antara jam 5 hingga 6 pagi, 8 Februari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh sudah mengenali dan pernah menjalinkan hubungan dengan mangsa sebelum remaja itu berkahwin dengan adik lelaki tertuduh yang kini sedang menjalani hukuman dalam penjara.

Pada hari kejadian, mangsa berada di rumah rakan, sebelum tertuduh tiba-tiba muncul dan berkumpul bersama bersama mereka di situ.

Tertuduh kemudian pulang ke rumah tetapi pada jam 5 pagi pada tarikh terbabit, lelaki itu datang semula ke rumah rakan mangsa.

Tertuduh mengajak mangsa masuk ke bilik, namun remaja itu enggan menuruti kehendaknya.

Secara tiba-tiba, tertuduh menarik tangan mangsa dari dalam bilik ke ruang tamu. Rakannya cuba membantu tapi malangnya, mereka dipaksa masuk ke dalam bilik sebelum lelaki terbabit melakukan perbuatan terkutuk terhadap adik iparnya itu.

Tertuduh turut menutup mulut agar jeritan mangsa tidak didengari jiran.

Siasatan polis mendapati, mangsa sedang hamil 31 minggu hasil perkahwinan dengan adik tertuduh. Bertindak atas laporan dibuat, tertuduh ditahan pada jam 11.15 malam pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyanah Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BBerkaitan

Latest articles