More

    Penerjun Wanita Merdeka Jump 2020 Patah Paha, Alami Pendarahan Otak

    Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat memaklumkan penerjum payung wanita yang berhadapan masalah ketika menyertai ‘Merdeka Jump 2020’ di Lapangan Terbang Tekah, Taiping, pada kelmarin disahkan patah paha kiri dan pendarahan otak.

    Kejadian malamg yang dilaporkan yang berlaku pada jam 9.45 pagi itu dikatakan berpunca daripada tindakan wanita itu yang berusia 40 tahun kerana gagal mengikut arahan jurulatih.

    Osman turut memaklumkan bahawa keadaan payung terjun yang digunakan wanita itu terbuka berada dalam keadaan baik.

    Kejadian itu berlaku pada ketinggian 500 kaki dimana mangsa bergerak ke ‘Down Wind’ walau sudah diarahkan untuk membuat pusingan persediaan mendarat.

    “Namun pada ketinggian 80 kaki barulah dia buat pusingan itu tanpa membetulkan pergerakan payung, lalu menyebabkannya terhempas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Selepas terjatuh mangsa tidak sedarkan diri sehingga hari ini, dan masih dirawat di Hospital Taiping.

    Klip video yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak kelmarin, apabila pendaratan wanita itu terganggu sehingga kelihatan seakan hilang kawalan dan berpusar di udara sebelum terhempas ke padang dalam keadaan kaki dibiarkan lurus.

    128 peserta mengambil bahagian dalam ‘Merdeka Jump 2020’ di Lapangan Terbang Tekah, Taiping sehingga dicatat dalam The Malaysia Book of Records (MBOR).

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini