Penerbitan Video Di Youtube, Instagram Perlu Ada Lesen Finas

Berikutan kontroversi stesen televisyen Al-Jazeera membabitkan penerbitan sebuah dokumentari layanan warga asing ketika wabak Covid-19 di Malaysia baru-baru ini, kerajaan pada hari ini memaklumkan apa sahaja bentuk penggambaran perlu patuh dengan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka yang menerbitkan video menggunakan platform media sosial seperti Youtube, Tik Tok dan Instagram juga perlu mempunyai lesen yang sama.

“Penerbit filem, wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

“Kita memang galakkan semua orang kecil besar, tua muda, individu atau organisasi untuk mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya petik tadi asalkan ikut undang-undang sedia ada,” kata Saifuddin semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan dalam penerbitan video untuk media sosial atau tradisional.

Akta Finas merujuk filem sebagai sebarang bahan yang dirakamkan termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan.

Menurut laman web Finas, unuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

Isu lesen Finas menjadi tumpuan selepas kerajaan bertindak mahu menyiasat sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen untuk menghasilkan dokumentari atau sebaliknya.

Untuk rekod dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” mengundang kemarahan pelbagai pihak susulan fakta yang tidak benar berhubung layanan kerajaan terhadap pendatang asing tanpa dokumen ketika menangani pandemik Covid-19.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini