Pendirian Saya Mengenai ‘Gag Order’ Kekal Tidak Berubah – Azalina

Kuala Lumpur — Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman menyatakan bahawa pendiriannya mengenai gag order kekal tidak berubah.

Menurutnya, permohonan perintah larangan bersuara (gag order) oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak sepatutnya dibuat kerana isu berkaitan Titah Adendum sudah menjadi pengetahuan umum.

Beliau yang merujuk kepada Artikel Malaysiakini bertajuk “Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order – Zahid” pada 4 Februari 2025, itu berkata bahawa beliau telah berhubung dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

” Zahid menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam mematuhi Peraturan Mesyuarat 36(2), yang menetapkan bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili di mahkamah jika ia berpotensi merosakkan kepentingan pihak terlibat dalam kes tersebut katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Jelas Azalina lagi bahawa kenyataannya perlu difahami dalam konteks tersebut dan bukannya sebagai pendirian kerajaan terhadap gag order secara umum.

Isu gag order ini sebelum ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, termasuk ahli politik dan pemerhati undang-undang, yang menyuarakan pandangan berbeza mengenai implikasi larangan bersuara terhadap sesuatu isu yang sedang dalam perbicaraan mahkamah.

BBerkaitan

Latest articles